Tumbuhan ubatan : ARA SONGSANG

25 10 2011

Asytasia coromandeliana atau dalam bahasa melayunya dikenali sebagai ARA SONGSANG ialah rumput liar yang tumbuh di merata di sekitar kawasan yang terbiar atau di kebun-kebun. Tumbuhan ini tumbuh dengan subur terutama di tanah berpasir dan kawasan yang agak redup. Daunnya bersaiz kurang daripada 3 cm lebar dan 5 cm panjang. Manakala batangnya agak lembut dan berair serta bunganya berwarna putih.

Tumbuhan ini tumbuh menjalar atau tegak. Kebiasaanya dijumpai di bahagian utara Semenanjung, di kawasan berpasir.

Kegunaannya
Asystasia coromandeliana ini biasanya diguunakan untuk melawaskan buang air kecil sekiranya herba ini dimakan atau diminum air rebusannya. Pada setengah orang pula herba ini digunakan juga bagi mengubati bengkak-bengkak dan luka dengan menampalkan daun yang telah dihancurkan.

Daunnya boleh digunakan bersama dengan paku merak seterusnya digosok pada badan untuk mengubati bisa tulang dan sakit-sakit otot. Diketahui juga hasil dapatan orang lain, akarnya dikunyah bersama pinang mujarab bagi mengubati batuk. Jus dari daun untuk merawat mata kabur dan daun juga digunakan bersama bawang sebagai sapuan untuk merawat kejang otot.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a58692.htm


Actions

Information

Leave a comment