TUMBUHAN PELBAGAI GUNA: POKOK BETIK

25 10 2011


Pengenalan

Pokok betik atau nama saintifiknya Carica papaya merupakan tumbuhan separa berkayu, sederhana tinggi dan besar. Disamping itu tumbuhan ini mempunyai batang bertompok-tompok bekas tangkai gugur dan berongga. Dari segi ketinggiannya tumbuhan ini mencapai 7 m manakala berdiameter di antara 10 – 13 cm.

Tumbuhan ini mempunyai akar yang lembut dan kelihatan seperti lobak manakala daunnya bercabang dan runcing di hujungnya serta terkeluar di hujung batang. Bunganya berwarna putih, manakala buahnya berwarna hijau dan kuning atau kuning kemerahan apabila masak kelak. Bijinya pula berwarna hitam keperangan dan ditanam serta akan tumbuh meliar di kawasan kampung yang bertanah lembab.

Kegunaan

Daun Carica papaya  ini dikatakan mengandungi papain, yang boleh digunakan untuk membungkus daging selama satu jam bertujuan untuk melembutkannya. Daunnya juga boleh diambil airnya dan diminum untuk tujuan MENGURUSKAN BADAN, MELANCARKAN HAID serta sebagai PENAHAN SAKIT DAN JANGKITAN. Selain itu, daunnya juga dijadikan rokok untuk merawat ASMA, sementara ekstrak dari daun boleh digunakan sebagai julap.

Buah Carica papaya  merupakan sumber vitamin C dan dapat membantu pencernaan, manakala jus daripada buah boleh diambil sebagai bahan kosmetik bagi menghilangkan bintik-bintik hitam atau ketuat di muka dan melegakan sakit akibat terbakar. Biji tumbuhan ini pula digunakan untuk merawat malaria, kanser, kuatil dan buasir. Ia juga dijadikan ramuan ubat “param” untuk wanita selepas bersalin, iaitu dicampur air suam dan disapu pada perut.

Resin yang didapati dari biji digunakan untuk mengeluarkan cacing dari usus. Manakala pucuknya dimakan sebagai ulam mentah, juga dipercayai boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan merangsang pengeluaran susu ibu. Ia juga dijadikan tonik untuk melancarkan penghadaman. Sakit seperti sengal otot boleh dirawat dengan mengambil alkohol yang diekstrak daripada pokok betik betina.

Sumber lain mengatakan bahawa biji dan betik muda boleh menyebabkan keguguran. Berasal dari Amerika Tengah.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a58692.htm


Actions

Information

Leave a comment